Lembaran Kerja Empat Langkah ke Kemaafan

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percuma KINDLE

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percuma EPUB

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percume PDF

Lembaran kerja ini dapat membantu anda melaksanakan empat langkah ini.

1. Apa dan Siapa

Fikirkan orang yang perlu anda maafkan dan mengapa anda perlu memaafkannya. Masukkan butirannya di bawah:

Saya ingin memaafkan ____________ kerana _______________.

Ia akan menghasilkan satu kenyataan tentang siapa yang anda perlu maafkan dan apa yang anda perlu maafkan.

Contoh:

Saya mahu maafkan Tatiana kerana mengambil teman lelaki saya.

Saya ingin maafkan John kerana memukul saya ketika saya masih kecil.

Saya ingin maafkan ayah saya kerana tidak menyayangi saya sepenuhnya.

2. Memperakui dan Mula Melepaskan Sekatan Emosi Yang Mungkin Ada

Tulis mengenai perasaan yang mungkin menjadi penghalang untuk anda memaafkan dalam keadaan yang disebutkan di atas, seperti rasa marah, rasa sakit hati, rasa takut, rasa iri hati, rasa ingin membalas dendam dan sebagainya.

Sekarang, saya memilih untuk melepaskan perasaan _________________ saya

Contoh:

Sekarang, saya memilih untuk melepaskan rasa marah dan rasa takut saya.

Sekarang, saya memilih untuk melepaskan rasa benci, rasa perit dan rasa benci saya.

Sekarang, saya melepaskan rasa sedih, rasa sakit hati, dan kesengsaraan saya.

3. Manfaat-Manfaat

Senaraikan sebab-sebab mengapa anda mahu memaafkan dan kemudian buat satu ayat daripadanya. Apakah manfaat yang anda dapat dari memaafkan? Bagaimanakah perasaan anda, bagaimanakah sikap anda akan menjadi lebih baik? Bagaimanakah tingkah laku anda akan berbeza? Ini membantu menguatkan keinginan dan motivasi untuk anda memaafkan.

Buat satu ayat yang menyenaraikan manfaat-manfaat yang anda akan dapat jika memaafkan. Lakukannya dengan melengkapkan ayat-ayat di bawah ini menggunakan senarai perasaan yang anda akan rasa setelah anda memaafkan. Adalah lebih baik jika anda menyatakan perasaan positif daripada menyatakan bagaimana telah berkurangnya perasaan negatif (“lebih tenang” daripada “kurang rasa takut”).

Saya memperakui bahawa memaafkan dalam situasi ini memberi manfaat kepada diri saya kerana saya akan rasa _________________

Contoh:

Saya memperakui bahawa memaafkan ibu saya memberi manfaat kepada diri saya kerana saya akan merasa lebih ceria, lebih sihat dan lebih tenang.

Saya merasakan bahawa memaafkan John memberi manfaat kepada diri saya kerana saya akan merasa bebas, lebih bersifat penyayang dan mampu meneruskan kehidupan saya.

4, Komitmen

Buat satu ayat untuk menegaskan dan mengesahkan niat anda untuk memaafkan. Dalam langkah ini, anda isytiharkan niat anda untuk memaafkan orang tersebut dan menegaskan pilihan anda untuk menjalani hidup dari perspektif yang lebih bijak dan lebih tinggi.

Saya memberi komitmen kepada diri saya untuk memaafkan _________________ [orang] dan saya terima ketenangan dan kebebasan yang datang dari kemaafan tersebut.

Contoh: Saya memberi komitmen untuk memaafkan Janet dan saya terima ketenangan dan kebebasan yang datang dari kemaafan tersebut.

Bina Deklarasi Kemaafan Anda

Sekarang, anda boleh membina sebuah Deklarasi Kemaafan dengan menggabungkan ayat-ayat yang telah anda buat di atas.

Contoh 1:

Saya ingin maafkan Janet.

Sekarang, saya memilih untuk melepaskan rasa perit dan rasa benci saya.

Saya memperakui bahawa kemaafan memberi manfaat kepada diri saya kerana saya akan merasa lebih ceria, lebih sihat dan lebih tenang.

Saya memberi komitmen untuk memaafkan Janet dan saya terima ketenangan dan kebebasan yang datang dari kemaafan tersebut.

Contoh 2:

Saya ingin maafkan ayah saya kerana tidak menyayangi saya sepenuhnya.

Sekarang, saya memilih untuk melepaskan rasa marah, rasa kecewa dan rasa benci saya.

Saya memperakui bahawa kemaafan memberi manfaat kepada diri saya kerana saya akan rasa bebas, lebih penyayang dan lebih hidup.

Saya memberi komitmen untuk memaafkan bapa saya dan saya terima cara-cara yang membolehkan saya menjadi lebih bahagia dan lebih menyayangi orang lain.

Latihan

Pilih durasi yang anda akan ambil untuk menyediakan Empat Langkah ini (7 hari, 21 hari, dsb) dan pada waktu(-waktu) apa dalam sehari akan anda menggunakannya. Lakukan sekurang-kurangnya tiga kali dalam setiap sesi, tulis langkah-langkah, jika boleh, atau mengatakannya sama ada dengan kuat atau senyap dalam fikiran anda dalam setiap sesi.

Semasa anda mengulangi langkah-langkah ini, anda mungkin merasai bahawa perasaan anda akan berubah (iaitu, dalam Langkah 2 rasa marah akan bertukar menjadi rasa kecewa dan seterusnya). Sekiranya ini berlaku, cuma ubah perkataan-perkataan anda dengan sebaik mungkin agar ianya bersesuaian dengan perasaan sebenar anda pada waktu tersebut. Anda mungkin mendapati bahawa selepas anda melalui semua langkah-langkah ini beberapa kali, perasaan anda untuk memaafkan akan menjadi lebih kuat. Ini adalah tanda baik kerana mungkin anda sudah mula dapat melihat manfaat-manfaat yang akan datang kepada anda (dan mereka yang rapat dengan anda) sambil anda belajar untuk memaafkan.

Selepas beberapa ketika, anda mungkin merasakan sudah tidak perlu lagi untuk melakukan semua empat langkah ini dan anda boleh terus gunakan Deklarasi Kemaafaan pada Langkah Empat sehingga anda merasakan ianya sudah lengkap.

Sebagai sebahagian daripada membebaskan diri anda dari perasaan lama, anda mungkin perlu lakukan pelepasan emosi cara lain seperti berbicara mengenainya dengan kawan atau bahkan berjumpa dengan seorang pakar psikiatri. Semasa anda melakukan latihan ini, anda mungkin dapat rasakan perasaan yang tidak dijangka dan kenangan lama muncul kembali. Abaikannya atau dapatkan bantuan jika anda memerlukannya.

Sekiranya anda percaya kepada kuasa rohaniah yang lebih tinggi, adalah normal jika anda inginkannya menjadi sebahagian daripada proses Kemaafan anda. Hanya tambahkan ayat di hujungnya, seperti, “Saya meminta pertolongan Tuhan untuk memaafkan dan untuk merasa bebas”, atau “Saya memohon dan menerima rahmat Tuhan untuk membantu saya memaafkan.

 Download Ebook Percuma

Four Steps to Forgiveness image

Four Steps to Forgiveness

 

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan PDF

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan KINDLE

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan EPUB

4 Langkah Kemaafan

Cara ampuh untuk mencapai kebebasan, kebahagiaan dan kejayaan hidup.

William Fergus Martin

ISBN: 9781942573272

facebooktwitterlinkedinrssyoutube
Follow
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Share