Bagaimana untuk Memaafkan

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percuma KINDLE

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percuma EPUB

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percume PDF

Bagaimana untuk Memaafkan: Empat Langkah Kemaafan

Cara ampuh untuk mengubah hidup anda menjadi lebih baik.

Empat Langkah Kemaafan menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk anda mula memaafkan. Ia boleh menyebabkan perubahan besar dan mendalam dalam hidup anda. Kekuatannya adalah dalam keringkasannya, jadi mula gunakannya dan anda akan merasakannya sendiri.

Empat Langkah ini boleh digunakan untuk sebarang isu besar, atau kecil. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik mengamalkannya untuk isu-isu kecil hingga anda sudah memahami konsepnya. Sebenarnya, adalah tidak disyorkan untuk anda mencubanya dan memaafkan seseorang yang berpotensi terus menerus menyakiti anda, sehingga anda mempunyai sedikit pengalaman dan pemahaman tentang keseluruhan proses kemaafan (sila lihat Kemaafan dan Perdamaian Rumit). Fikirkan isu-isu kecil yang anda ingin berikan kemaafan dan cuba langkah-langkah di bawah.

Empat Langkah Kemaafan

Adalah disyorkan melakukan Empat Langkah ini secara bertulis sehingga anda memperolehi sedikit pengalaman.

Langkah 1: Nyatakan siapakah yang anda perlu maafkan dan untuk apa.

Langkah 2: Akui perasaan anda tentang situasi ini. Adalah lebih baik jika ianya pengakuan jujur, bukannya perkara-perkara yang baik dan sopan yang anda rasa patut anda rasa. Anda perlu berusaha mencungkil apakah perasaan sebenar yang anda rasa. Kemudian anda harus nyatakan kesediaan anda untuk sekurang-kurangnya berfikiran terbuka kepada kemungkinan untuk melepaskan perasaan tersebut.

Langkah 3: Nyatakan manfaat-manfaat yang anda dapat dengan memaafkan. Ianya akan bertentangan dengan perasaan yang anda rasakan sekarang ini. Rasa sedih akan menjadi rasa bahagia, rasa marah akan menjadi rasa damai, rasa berat akan menjadi rasa ringan dan sebagainya. Jika anda tidak pasti tentang manfaat-manfaat ini, pilih sahaja beberapa perasaan baik secara amnya yang anda ingin rasa buat masa sekarang ini (lebih ceria, lebih selesa, lebih yakin dan sebagainya). Akan lebih membantu jika anda dapat bayangkan betapa jauh lebih baik anda dapat rasakan jika anda memaafkan.

Langkah 4: Berikan komitmen pada diri anda untuk memaafkan. Ini hanyalah sekadar ingin menyatakan siapakah yang akan anda maafkan dan kemudian memperakui manfaat-manfaat yang datang dari kemaafan tersebut.

Selalunya, anda akhirnya akan mempunyai Empat Langkah seperti berikut: –

Contoh 1:

Bayangkan, rakan anda, John, telah mula mengelak dari bertemu dengan anda dan anda tidak tahu mengapa.

  1. Saya bersedia memaafkan John kerana mengelakkan dirinya dari saya.

  1. Sekarang, saya memilih untuk melepaskan perasaan sedih, marah dan takut saya. (Anda boleh memilih untuk melepaskan apa jua perasaan lain jika perlu).

  1. Saya memperakui bahawa memaafkan John memberi manfaat kepada saya kerana saya akan merasa lebih ceria, lebih sihat dan lebih tenang.

  2. Saya memberikan komitmen untuk memaafkan John dan saya terima rasa damai dan bebas yang datang dari kemaafan tersebut.

Contoh 2:

Dalam contoh ini, teman wanita seseorang, Janet, mengakhiri perhubungan mereka.

  1. Saya ingin memaafkan Janet kerana meninggalkan saya.

  1. Sekarang, saya memilih untuk melepaskan rasa kesal, rasa ditinggalkan dan rasa takut saya.

  1. Saya mengakui bahawa memaafkan Janet memberi manfaat kepada diri saya kerana saya akan berfikiran lebih jelas, merasa lebih ceria, dan mampu manjalin hubungan yang lebih baik di masa depan.

  2. Saya memberikan komitmen untuk memaafkan Janet dan saya terima rasa damai dan rasa bebas yang datang dari kemaafan tersebut.

Contoh 3:

Di dalam contoh ini, seseorang telah dipecat dari jawatannya.

  1. Saya ingin memaafkan bos saya kerana memecat saya.

  2. Saya kini memilih untuk melepaskan rasa marah, rasa sedih, rasa tidak adil dan rasa kecewa.

  1. Saya memperakui bahawa memaafkan bos saya memberi manfaat kepada diri saya kerana saya akan merasa positif, ceria, dan mampu mencari pekerjaan yang lebih baik di masa depan.

  2. Saya memberikan komitmen untuk memaafkan bos saya dan saya terima rasa tenang dan rasa bebas yang datang dari kemaafan tersebut.

Sebagai panduan untuk membantu anda melaksanakan langkah-langkah ini, terdapat Lembaran Kerja Empat Langkah Kemaafan.

 Download Ebook Percuma

Four Steps to Forgiveness image

Four Steps to Forgiveness

 

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan PDF

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan KINDLE

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan EPUB

4 Langkah Kemaafan

Cara ampuh untuk mencapai kebebasan, kebahagiaan dan kejayaan hidup.

William Fergus Martin

ISBN: 9781942573272

facebooktwitterlinkedinrssyoutube
Follow
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Share