Kenapa Memaafkan?

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percuma KINDLE

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percuma EPUB

4 Langkah Kemaafan image

Download Ebook Percume PDF

Kemaafan membebaskan anda.

Anda akan memperolehi manfaat yang sangat besar apabila anda memilih untuk memaafkan dan begitu juga untuk mereka di sekeliling anda. Sama ada anda perlu memaafkan orang lain, atau perlu memaafkan diri sendiri, berbuat demikian membebaskan anda dari bebanan masa lalu dan membolehkan anda merealisasikan potensi sebenar anda. Kemaafan membolehkan anda membebaskan diri dari kepercayaan dan sikap yang membatasi anda. Ia membebaskan tenaga mental dan emosi supaya anda boleh menggunakannya untuk membentuk kehidupan yang lebih baik.

Kemaafan membantu anda mencapai matlamat jangka pendek dan yang paling praktikal. Mungkin anda menginginkan pekerjaan yang lebih baik, mendapatkan lebih banyak wang, mempunyai hubungan yang lebih baik, atau tinggal di tempat yang lebih baik. Kemaafan membantu anda mendapatkan semua yang anda inginkan ini. Jika anda tidak memaafkan, sebahagian daripada tenaga kehidupan dalaman anda akan terperangkap dalam bentuk rasa benci, rasa marah, rasa akit hati, atau rasa tersiksa. Tenaga kehidupan yang terperangkap ini adalah penghalang untuk anda. Ibaratnya seperti anda cuba menunggang basikal tapi dengan mengenakan sedikit brek sepanjang masa. Ia melambatkan anda, mengecewakan anda dan membuatkan anda sukar untuk maju ke hadapan.

Pilihan yang anda buat dan apa yang anda percaya boleh dicapai, semuanya akan terjejas dengan pilihan anda untuk tidak memaafkan. Apabila anda belajar memaafkan, tenaga dalaman yang selama ini disalurkan menjadi perasaan dan bayangan yang tidak menyenangkan, akan bebas dan tidak lagi menjadi penghalang atau tidak lagi membuat anda rasa tersiksa. Ianya kini difokuskan untuk membina kehidupan yang anda inginkan.

Jika anda tidak mahu belajar untuk memaafkan agar anda mendapat manfaat darinya; maka belajarlah untuk memaafkan supaya anda dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Apabila anda belajar untuk memaafkan, anda akan memanfaatkan semua orang di sekeliling anda. Fikiran anda akan lebih jelas dan lebih positif daripada sebelumnya. Anda akan rasa seperti anda ada lebih banyak lagi untuk dikongsikan dan anda akan merasa lebih bersedia untuk berkongsi apa yang anda ada. Anda akan secara semulajadi dan dengan lebih mudah menjadi seorang yang baik hati, murah hati dan lebih peduli terhadap orang lain – tanpa perlu berusaha keras untuk mencapainya. Anda akan mempunyai sikap yang ceria dan lebih positif terhadap orang lain di dalam kehidupan anda dan mereka akan memberikan respon yang lebih positif kepada anda.

Apakah orang yang pemaaf lebih mudah untuk berinteraksi dengannya dari yang bukan pemaaf? Ya, tentu sekali. Orang yang pemaaf selalu lebih mudah untuk berinteraksi daripada yang bukan pemaaf. Kualiti hidup anda bergantung pada kualiti hubungan sesama manusia. Setiap aspek kehidupan anda akan berubah menjadi lebih baik apabila anda belajar untuk memaafkan; sama ada dalam keluarga anda, pekerjaan atau kehidupan sosial anda. Belajar untuk memaafkan akan memperbaiki semua hubungan anda, kerana sikap anda akan bertambah baik. Apabila hubungan anda bertambah baik, semua aspek kehidupan anda juga akan bertambah baik.

Jika anda ingin meneruskan ke tahap seterusnya, yakni kemewahan dan keberhasilan dalam aspek kewangan, Kemaafan akan membantu anda mencapainya. Contohnya, jika anda mahukan lebih banyak wang dalam hidup anda, anda perlu memastikan bahawa anda tidak membenci orang yang mempunyai lebih banyak wang daripada anda. Orang yang mempunyai lebih banyak wang daripada anda adalah mereka yang mempunyai keupayaan untuk membantu anda mendapatkan lebih banyak wang. Jika, seperti yang sering dilakukan oleh sesetengah orang, anda membenci “orang yang mempunyai banyak wang, mereka tidak akan dapat membantu anda, kerana anda tidak bersikap terbuka terhadap mereka dan di samping itu anda juga sibuk menolak kehadiran mereka. Begitu juga sebaliknya, jika anda mempunyai sikap yang positif terhadap orang yang lebih berjaya daripada anda (anda tersenyum kepada mereka dan bukannya memandang sinis terhadap mereka), mereka akan melihat anda sebagai mudah didekati dan mereka akan lebih cenderung untuk bekerjasama dengan anda, atau bersosial dengan anda.

Jika anda menginginkan pekerjaan yang lebih baik, dan untuk mendapatkan lebih banyak wang, maka sikap yang positif terhadap tempat kerja, bos, rakan sekerja dan para pelanggan, akan sangat membantu. Orang yang mempunyai sikap positif dan suka membantu akan lebih menonjol dalam apa jua keadaan sekalipun. Anda tidak boleh berjaya dalam organisasi yang anda tidak mahu ianya maju, kerana anda tidak akan memberikan yang terbaik. Sekiranya anda tidak memberikan yang terbaik dengan melakukan pekerjaan dengan baik, anda tidak akan menerima yang terbaik dari apa yang akan datang kepada anda. Kemaafan akan membantu anda memiliki satu sikap yang akan membuatkan anda sangat berjaya di dalam pekerjaan.

Belajar untuk memaafkan diri sendiri juga sangat penting. Menyakiti diri sendiri melalui keengganan anda untuk memaafkan diri sendiri, anda juga akan menyakiti orang lain. Sekiranya anda tidak memaafkan diri anda, anda akan menghukum diri sendiri dengan menidakkan diri anda kebaikan dalam hidup. Makin anda menidakkan diri anda terhadap kebaikan, makin kurang yang anda ada untuk anda berikan. Makin kurang yang anda ada untuk anda berikan, makin sedikit yang anda boleh manfaatkan orang lain di sekeliling anda. Apabila anda berhenti menghadkan apa yang anda terima, anda akan berhenti menghadkan apa yang anda boleh berikan. Semua orang akan mendapat manfaat apabila anda memaafkan diri anda kerana anda akan membolehkan lebih banyak kebaikan masuk ke dalam hidup anda, dan anda mempunyai lebih banyak untuk dikongsikan.

Apabila anda memaafkan; anda akan menjadi suami atau isteri yang lebih baik, anda akan menjadi seorang pelajar atau guru yang lebih baik, anda akan menjadi majikan atau pekerja yang lebih baik dan anda akan menjadi ibu bapa atau anak yang lebih baik. Apabila anda memaafkan, anda lebih cenderung untuk berjaya dalam apa jua cara yang bermakna untuk anda. Apabila anda belajar untuk memaafkan, apa yang kelihatan mustahil tidak hanya akan menjadi kenyataan, tetapi juga akan lebih mudah dicapai.

Jika anda seorang yang kuat beragama, atau seorang yang rohaniah, maka mempelajari cara-cara yang praktikal untuk memaafkan akan meningkatkan dan memperdalamkan pengalaman keagamaan atau kerohanian anda. Ia akan membantu anda membebaskan diri dari rasa bersalah kerana tidak menjadi “baik” sepertimana yang anda sepatutnya rasa, kerana ia akan membantu anda menjadi jenis orang yang anda inginkan. Mempraktikkan kemaafan akan menguatkan sifat-sifat baik dalam diri agar ia lebih aktif dalam hidup anda. Anda secara semulajadi akan kurang cenderung melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan, yang selama ini anda tidak berupaya berhenti melakukannya sendiri. Anda akan mula melakukan lebih banyak perkara yang sepatutnya anda lakukan, tetapi tidak berupaya melakukannya sendiri.

Belajar untuk memaafkan akan hanya membantu anda; ia tidak akan menyakiti anda.

Kemaafan sangat praktikal dan sangat membantu. Tidak ada unsur yang tidak jelas, atau yang tidak praktikal mengenainya. Kemaafan membebaskan jiwa anda. Apabila anda belajar untuk memaafkan, banyak masalah (kemungkinan masalah kesihatan juga) akan hilang secara beransur-ansur. Ia seolah-olah anda berupaya melihat kehidupan anda dari atas dan dapat melihat cara paling mudah untuk menuju ke mana yang anda ingin pergi. Hidup akan terbuka di depan anda. Peluang-peluang baru akan muncul yang entah datangnya dari mana. Keceriaan akan terasa bilamana anda bertemu dengan orang yang serasi dengan anda tepat pada masanya. Idea-idea atau jawapan akan datang kepada anda bilamana anda memerlukannya. Mungkin anda akan dapatkan apa yang anda cari bilamana seorang dari rakan anda sedang berkata sesuatu, atau ketika anda sedang menyelak helaian buku atau majalah, atau ketika anda mungkin terdengar satu perbualan. Mengapa begitu? Ini adalah kerana dengan mengamalkan kemaafan, anda akan lebih terbuka untuk menerima kebaikan dalam kehidupan, hinggakan kebaikan akan lebih mudah menemui jalan kepada anda.

Apabila anda belajar untuk memaafkan, kebolehan yang selama ini tidak aktif dalam diri anda akan muncul semula, dan anda akan menyedari bahawa diri anda sebenarnya adalah lebih kuat dan lebih berkeupayaan daripada yang anda bayangkan sebelum ini. Sebahagian daripada diri anda yang tidak dapat hidup subur di tanah tanpa jiwa kemaafan akan mula subur semula. Anda akan dapat mengeluarkan kesengsaraan dan kepayahan dari dalam jiwa anda. Anda akan merasakan perjalanan hidup anda lancar dan hidup anda akan menjadi lebih senang dan ceria. Jika anda merasakan semua ini seperti ditokok tambah, abaikannya buat masa ini. Berlatih mengamalkan Empat Langkah Kemaafan yang anda akan dapati dalam halaman-halaman berikut ini dan anda akan merasa sangat bersyukur yang anda telah melakukannya.

 Download Ebook Percuma

Four Steps to Forgiveness image

Four Steps to Forgiveness

 

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan PDF

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan KINDLE

Download Ebook Percuma: 4 Langkah Kemaafan EPUB

4 Langkah Kemaafan

Cara ampuh untuk mencapai kebebasan, kebahagiaan dan kejayaan hidup.

William Fergus Martin

ISBN: 9781942573272

facebooktwitterlinkedinrssyoutube
Follow
facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Share